Kesatuan NUFAM mendesak Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot supaya berdepan dengan wakil Kesatuan menenangi masalah isu pekerja terutama sekali masalah pembuangan kes 3600 kakitangan MAS yang tidak dirujuk ke Mahkamah.
Isu ini telah dibincang pada bulan November dimana pihak NUFAM telah berjumpa dengan Ketua Pengarah Kementerian Sumber Manusia.
Hasil dari perjumpaa tersebut Kesatuan telah dimaklumkan bahawa Menteri Sumber Manusia akan berjumpa pada awal bulan November tetapi lebih kurang sehari sebelum tarikh penemuan; kami dimaklum Menteri tidak dapat hadir atas sebab urusan luar negara.
Kami dimaklum Menteri akan berjumpa dengan pihak Kesatuan pada satu tarikh terdekat tetapi malangnya; setelah hampir satu bulan; tiada apa apa maklum balas diterima.
Janji atas janji; semua akhirnya tinggal angin belaka. Kata mahu bantu dan berjumpa untuk mendapat reaksi dan idea dari pihak kami bagaimana boleh bantu pekerja yang masih hidup dalam keadaan tidak menentu.
Ini adalah tindakan yang amat menghampakan datang dari pihak seorang Menteri yang diberi tanggungjawab besar menjaga keharmonian dan kestabilan masa depan pekerja di dalam negara.
Setiap emel dan whatsapp dihantar tak berbalas. Kata mahu bantu; tak kan ini pun nak janji kosong lagi dengan pihak pekerja kami?
NUFAM sudah banyak kali mencuba secara baik berkomuikasi dengan semua pihak tetapi malangnya inilah hasil yang kami sebagai wakil pekerja terima dari pihak Menteri.
Mungkin dia sibuk nak sambut Krismas atau nak bawa keluarga bercuti sebab sudah musim akhir tahun. Kalau pun apa salah maklum kepada kami satu tarikh yang sesuai untuk berjumpa.
Pekerja kami pula sudah tunggu selama 2 tahun keputusan Menteri dan berapa lama lagi pula hendak mereka tunggu untuk mendapat penjelasan dari Menteri? Apa alasan lain pula hendak diberi kali ini?
Menteri Sumber Manusia dulu semua sanggup berjumpa dengan wakil Kesatuan kerja kerana mereka faham masalah kami dan bersimpati dengan isu pekerja dan Kesatuan tetapi hari ini nampak gaya Menteri kali ini tidak langsung mahu berjumpa atau selesaikan masalah pekerja.
Beratus ribu pekerja di Malaysia sudah sengsara kerana kehilangan pekerjaan mereka dan banyak kes tidak dirujuk ke Mahkamah. Mana sistem keadilan untuk pekerja jika semua ini berterusan? Masalah bukan isu pampasan atau wang yang mereka mahu cari tetapi hanya keadilan dan hak mereka sebagai pekerja yang sebenarnya mereka tuntut.
Kesatuan NUFAM akan terus membangkitkan isu dan masalah pekerja di syarikat penerbangan dan mahu kerajaan meniliti semula semua kes kes pekerja yang dibuang secara tidak adil selama ini. Pekerja menuntut apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan.
Apa gunanya kalau isu masalah pekerja ini ditolak tepi dan tidak mendapat perhatian dari pihak atas? Kerajaan sendiri kata mahu bantu pekerja yang mempunyai masalah tetapi lihatlah apa sudah berlaku hari ini? Salahkah jikalau mereka hari ini merasa marah?
Pihak kami selalu mendapat maklumat bahawa isu lain pula dibangkitkan dan dibahaskan di Parlimen.
Isu yang sebenar seperti meneliti semula undang undang Akta Kerja dan hal kehilangan pekerjaan pula tidak dihiraukan oleh wakil MP. Masalah pekerja adalah masalah rakyat juga.
Apakah ini melambangkan pihak yang bertanggungjawab tidak mahu langsung mengambil berat dan peduli dalam hal kesusahan pekerja yang telah lama dinafikan hak mereka.Apa yang mereka tuntut hari ini adalah sangat wajar.
NUFAM telah mengambil initiatif dengan mengunakan jalan yang terbaik untuk berjumpa dengan wakil Kementerian tetapi akhirnya isu ini tidak mendapat apa apa hasil dan penyelesaian.
Sebelum akhir tahun 2017; kami mahu isu ini mendapat perhatian pihak Menteri Sumber Manusia. Janganlah buat pekerja kami ini seperti mereka ini tidak mempunyai maruah atau nilai.
Kalau Menteri sibuk berjumpa dengan wakil kami; seeloknya maklum kepada kami secara bertulis. Jangan berdiam diri saja kerana pekerja pun sudah lama menunggu.
Tamat.
Sekretariat
Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM)











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now