NUBE KLSP Intermediate Seminar - Sesi 2
Seminar Intermediate yang berlangsung selama tiga hari, empat malam diteruskan dengan sesi 'Mesyuarat Bersama Pihak Pengurusan'.
Semua peserta mengambil kesempatan dalam sesi yang penuh dengan suspen, ketegangan, keagresifan berakhir dengan gelak ketawa sambil mendalami selok belok proses aduan yang betul dan etika ketika mengadakan mesyuarat bersama pengurusan bank.
Akar keranji dikerat-kerat,
Campur halia dibuat jamu,
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berilmu.
Cantik teluk pantainya landai,
Tambat perahu tepi kuala,
Biar buruk kain dipakai,
Asalkan ilmu penuh di dada.
Sesi soal jawab tentang pelbagai cabaran tempat kerja dan isu-isu terkini NUBE telah dibincangkan pada sebelah malam.
Kesemua soalan-soalan dan perkongsian pengalaman telah dikendalikan dengan contoh dan kisah benar kejayaan ahli-ahli yang mengikut proses bertanya, membuat keputusan termaklum dan memfailkan kilanan (aduan) dimana perlu oleh para pelatih KLSP.
Sesi 3 - NUBE KLSP Intermediate Seminar telah berlangsung dengan jayanya:
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Setelah para peserta diberikan pelbagai tugasan dan curahan ilmu, NUBE KLSP menutup seminar pada kali ini dengan sesi Dialog Bersama Setiausaha Agung NUBE iaitu Sdr J. Solomon.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan berkenaan kepentingan untuk semua ahli NUBE dari peringkat kepimpinan hinggalah kepada ahli biasa, untuk menyokong kempen yang dilancarkan oleh NUBE melalui sosial media.
Beliau menekankan bahawa impak yang dapat diberikan melalui kerjasama dan sokongan tersebut akan dapat memastikan perjuangan mendapatkan bayaran Bantuan Perayaan beroleh kejayaan.
NUBE KLSP mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta dan berharap agar semangat dan solidariti mereka akan terus bersinar.
Beliau juga menjemput para peserta ini meluangkan masa dan tenaga untuk NUBE tercinta demi melakar pekan tindakan untuk masa depan bersama.
Seminar Intermediate NUBE KLSP - 1/2024 berakhir dengan penyampaian Sijil Intermediate, sebuah Sijil yang sangat bermakna dan berharga bagi mereka yang telah melihat keupayaan dan kewibawaan diri sendiri selepas Seminar NUBE.
NUBE KLSP mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua para peserta, teruskan perjuangan bersama kita.
Sehingga berjumpa lagi dalam Seminar Advance NUBE KLSP - 1/2024 nanti.











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now