SERTAI BENGKEL KEBANGSAAN YOGA DAN TEKNIK KAWALAN MINDA NUBE KE-5 SEKARANG!!!, TEMPAT TERHAD!
BERITA BAIK SEKALI LAGI!!!!!!
Pakar-pakar dan pelatih daripada Santhi Yoga Retreat di Kerala, India. NUBE akan diterbangkan ke Port Dickson sekali lagi untuk mengendalikan Kursus Yoga Kebangsaan NUBE ke-5, November ini.
Ini bermakna anda menjimat masa dan wang untuk mempelajari teknik senaman, bertafakur dan lain-lain kaedah untuk menambah kekuatan mental dan fizikal serta menjauhi stres.
Berikut butiran penting kursus yoga tujuh hari anjuran NUBE, khas untuk anda.
BILA : 1-7 November, 2019
LOKASI: Pusat Latihan NUBE (NTC), Km 13.5 Jalan Pantai
Teluk Kemang, Port Dickson
YURAN : RM1,000 (Ahli boleh mendapatkan tajaan penuh daripada majikan bank. Majikan juga akan memberikan cuti kesatuan kepada peserta.)
Tarikh akhir pendaftaran : 24-10-2019
UNTUK SIAPA : Semua ahli NUBE, keluarga dan saudara mereka SERTA orang awam
Hubungi: Suba 010 20 41515
(Lihat risalah untuk butiran mengenai pelatih dan jadual kursus)
YOGA – Penawar Pelbagai Kemusykilan
Untuk turun-temurun, yoga menjadi kunci kepada manusia sejagat mencapai kedamaian minda dan kesihatan tubuh badan.
Yoga menawarkan petua-petua cukup berkesan untuk melatih diri mencapai ketenangan abadi dan membebaskan kita daripada perangkap kebendaan.
BERITA BAIK ialah kita tidak perlu bertapa bertahun-tahun di hutan belantara atau gunung bersalji. Asas-asas cara hidup yoga boleh diperolehi menerusi kursus-kursus pendek di persekitaran yang aman dan nyaman.
Ini yang dilakukan oleh NUBE sekian lama iaitu menganjurkan kursus-kursus yoga dengan bantuan pakar-pakar daripada India untuk kebaikan ahli NUBE dan seluruh masyarakat.
Sembilan belas peserta kursus yoga NUBE September lalu amat menghargai usaha kesatuan menganjurkan bengkel berkenaan yang banyak memberikan manfaat kepada mereka.
Mereka memperolehi pelbagai petua dan bimbingan pelatih daripada Kerala yang mengajar mereka mengasah kekuatan minda, memperolehi kedamaian jiwa serta cara menguatkan tubuh badan.
“Sesi-sesi yang dikendalikan amat menyeronokkan dan memberi manfaat besar kepada kami semua. Tip atau petua beserta latihan yang diberikan amat mudah untuk difahami dan digunakan dalam kehidupan harian kami,: kata K. Jaya Kumari yang menyertai kusus Yoga NUBE September lalu.
“Saya menggesa semua ahli NUBE menyertai kursus yoga yang bakal diadakan November ini untuk menimba pengalaman yang sama demi kebaikan semua ahli dan keluarga mereka,” kata K. Jaya Kumari.
Sama-sama kita bergerak ke arah kehidupan lebih aman, sihat dan ceria. JOM sertai kursus kebangsaan YOGA anjuran NUBE dan sila hantarkan permohonan penyertaan anda melalui emel kepada nube_hq@nube.org.my sebelum pendaftaran ditutup pada 24-10-2019.











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now