Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR 18 Jun – Maybank menjalinkan kerjasama dengan syarikat perisian berpangkalan di United Kingdom, Sage, bagi memperkenalkan Penyelesaian Sage One untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini memacu pertumbuhan dan berjaya dalam pasaran yang mencabar serta kompetitif.
Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk Hamirullah Boorhan berkata, kerjasama itu membolehkan Maybank menawarkan pemilik perniagaan di Malaysia dengan penyelesaian yang diperlukan untuk berjaya di bawah satu bumbung.
“Ia meningkatkan kecekapan proses pembayaran perniagaan dan memacu perubahan dalam prosedur pembayaran, seiring dengan pelan induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.
Menurutnya, di bawah kerjasama yang dipertingkat itu dengan menyaksikan Maybank menyertai Program Rakan Kongsi Sage, bank tersebut akan menawarkan PKS akses kepada Sage One, alat perakaunan berasaskan awan yang patuh cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
“Pelanggan PKS boleh mengakses akaun dalam talian melalui telefon pintar atau peranti mudah alih di semua tempat dan setiap masa, sepertimana mereka mengakses e-mel atau perbankan internet mereka,” katanya.
Hamirullah berkata, dengan perakaunan awan berasaskan langganan itu, pelanggan tidak perlu membeli perisian perakaunan yang mahal serta bimbang mengenai pemasangan perisian, kemas kini dan latihan, mengurus keselamatan data dan kehilangan data.
Menurutnya, Sage berhasrat untuk menambah lebih banyak ciri dan fungsi dalam Sage One, termasuk papan pemuka interaktif, titik jualan, pengurusan inventori, e-dagang dan invois untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada usaha Maybank untuk memberi nilai kepada PKS, semua pemilik perniagaannya boleh menikmati percubaan percuma Sage One selama 90 hari, bukannya 30 hari seperti kebiasaannya.
“Harga Sage One juga mengambil kira PKS dengan bermula daripada RM35,” tambahnya.
Maybank dan Sage mula bekerjasama pada 2015 dan sejak itu mereka telah memperkenal beberapa penyelesaian.
Ia termasuk pembayaran pukal dan penyesuaian automatik untuk Sage UBS dan penyelesaian senarai gaji yang menawarkan pelanggan PKS kemudahan perbankan dalam talian, di samping membolehkan mereka membuat pembayaran dengan mudah, memeriksa sejarah pembayaran dan mengautomasikan penyesuaian bank.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now