Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Ahli-ahli NUBE telah menjadi tulang belakang industri perbankan sejak penubuhannya. Mereka bekerja keras, memiliki pelbagai kemahiran dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka. Ini adalah rekod prestasi yang telah terbukti dan, dalam sudut ini, banyak bank yang bertanggungjawab sama-sama berkomited untuk melatih semula, meningkatkan kemahiran dan memperkasakan ahli-ahli NUBE demi kepentingan bank dan pemegang taruh.
Langkah yang bermula sebagai inisiatif Projek Perintis Kemahiran Semula CIMB; Duta Digital, Terminal Layan Diri Cawangan (SST) Inisiatif Sumber Pengurusan Tunai 2.0 dan jaminan pekerjaan adalah satu kejayaan besar. Sukacita kami mengiktiraf CIMB Bank sebagai salah satu bank yang komited dan bertanggungjawab dalam mengamalkan amalan baik untuk membangunkan rangka kerja yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama NUBE bagi memberi tumpuan ke atas pembangunan ahli NUBE di CIMB Bank.
DUTA DIGITAL CAWANGAN
Pekerjaan yang dipengaruhi oleh teknologi berkembang secara agresif dalam industri perbankan, terutamanya sejak wabak melanda pada 2020. Duta Digital adalah barisan hadapan Bank dan mereka mampu membina hubungan kukuh dengan pelanggan. Ia juga merupakan platform untuk pelbagai kemahiran.
Kami gembira untuk berkongsi dengan anda bahawa projek rintis di wilayah KLSP dan SMJ telah berjalan dengan lancar dan ahli-ahli NUBE telah amat berjaya melakukannya dengan baik. Oleh itu, CIMB Bank akan melancarkan inisiatif ini di seluruh negara. Ahli-ahli NUBE di CIMB Bank yang menyahut cabaran ini gembira dan rasa bermotivasi.
CAWANGAN (SST) INISIATIF SUMBER PENGURUSAN TUNAI 2.0
Perjalanan yang bermula pada penghujung tahun 2016 telah terbukti berjaya. Ahli-ahli NUBE di CIMB Bank di seluruh negara telah diberi latihan semula untuk menguruskan SST dengan sokongan seorang Pegawai.
PENEMPATAN SEMULA BAGI OPERASI CAWANGAN
Di samping itu, apabila pekerjaan berkembang disebabkan oleh perubahan landskap dan pengaruh teknologi, majikan yang bertanggungjawab akan komited untuk melatih semula pekerja dan menempatkan semula mereka di tempat yang sesuai.
Dalam aspek ini, CIMB Bank bertanggungjawab dalam menempatkan semula pekerja MOS Pool dan Bukan Perkeranian untuk terlibat secara aktif dalam operasi cawangan. Mereka akan berpindah ke cawangan terdekat untuk memulakan perjalanan baharu mereka untuk mempelajari operasi cawangan.
NUBE menghargai tanggungjawab CIMB Bank dalam melatih semula dan memastikan jaminan pekerjaan mereka dengan mengadakan dialog sosial yang berkesan dan tulen bersama NUBE.
Bersama-sama kita menjadikannya lebih baik untuk semua.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now