Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Tindakan pemberhentian pekerja, juga dikenali sebagai Skim Pemisahan Sukarela (VSS) oleh HSBC Bank, bukanlah disebabkan kerja sudah tidak ada / tidak relevan. Kerja kerja ini sengaja dieksport ke luar negara.
Hakikatnya,apa yang dilakukan HSBC ialah ‘mengeksport’ atau menyalur pekerjaan yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia di Kuala Lumpur ke Hyderabad, India dan Sri Lanka serta kepada beberapa vendor di Cyberjaya.
MENJEJAK DEFISIT KEPERCAYAAN TERHADAP HSBC
Pada akhir September 2019, NUBE mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Sumber Manusia HSBC, Norlida Azmi bagi membincangkan aspek latihan, latihan semula dan peningkatan tahap kemahiran untuk menyesuaikan pekerja dengan cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) demi melindungi mata pencarian mereka.
Norlida bersetuju namun meminta tarikh lain ditetapkan bagi pertemuan itu. NUBE seterusnya mencadangkan satu tarikh yang dipersetujui oleh beliau.
Namun, 12 hari kemudian, Ketua Perhubungan Perusahaan dan Pekerja HSBC, Alan Sunil Netto bertindak menangguhkan mesyuarat itu atas alasan Norlida perlu menguruskan perkara lain.
Justeru, satu lagi tarikh baharu ditetapkan bagi mesyuarat itu. Kira-kira 10 hari kemudian, Alan sekali lagi bertindak menangguhkan mesyuarat Norlida-NUBE itu dan mencadangkan satu tarikh baharu. Kali ini bukan sahaja tarikh mesyuarat di pinda tetapi aturan mesyuarat, iaitu topik perbincangan turut di ubah oleh Alan. Beliau menetapkan skop perbincangan bukan lagi mengenai latihan, latihan semula kemahiran dan peningkatan tahap kemahiran tetapi mahukan mesyuarat itu ditetapkan sebagai perundingan mengikut Artikel 14(4). Artikel 14(4) adalah satu klausa dalam Perjanjian Bersama (CA) antara HSBC Bank dan NUBE. Ini adalah klausa prasyarat terhadap sebarang langkah penyumberan luar (outsourcing) dan memerlukan bank itu mengadakan rundingan dengan NUBE sebelum outsourcing dilaksanakan.
Seterusnya mesyuarat ketiga ditetapkan dan NUBE meminta supaya aspek latihan, latihan semula kemahiran dan peningkatan kemahiran dijadikan sebahagian daripada agenda pertemuan itu.
Alan bersetuju untuk membincangkan input awal mengenai latihan, latihan semula kemahiran dan peningkatan kemahiran pekerja dalam mesyuarat tersebut. Bagaimanapun, pada mesyuarat itu, Alan membawa bersama seorang individu bernama Percy (seorang warga asing) yang memaklumkan NUBE mengenai langkah HSBC mengeksport pekerjaan kakitangan kumpulan B40 Malaysia di Kuala Lumpur ke Hyderabad, India, Sri Lanka dan Cyberjaya.
NUBE terkejut dengan perubahan situasi ini dan meminta supaya mesyuarat lain diadakan untuk membincangkan VSS dan kerja-kerja yang akan dieksport itu. Namun, HSBC gagal / enggan mengadakan mesyuarat sebelum melaksanakan VSS.
Justeru, HSBC dengan sengaja enggan mengikuti klausa prasyarat yang memerlukan bank mengadakan rundingan dengan NUBE seperti yang patut diadakan. Ini menjadikan proses konsultasi itu ilusi semata-mata.
Ketika pekerjaan beserta maklumat pelanggan dieksport merentasi sempadan, kalangan pekerja HSBC di sini iaitu di Kuala Lumpur berdepan ancaman dibuang kerja serta kehilangan kerja mereka.
HSBC Bank sengaja mengeksport pekerjaan rakyat Malaysia ke India, Sri Lanka dan vendor di Cyberjaya dan juga pihak lain yang di luar capaian NUBE. Ia jelas perbuatan memecah-belahkan kesatuan (union busting) oleh HSBC.
HSBC Bank secara terang-terangan mencabuli hak asasi beratus-ratus pekerja yang setia apabila melaksanakan outsourcing secara tidak telus dan menyembunyikan fakta daripada pekerja dan NUBE.
Ini merupakan satu ketidakadilan yang amat ketara kerana pemberhentian pekerja secara paksaan menerusi VSS merampas mata pencarian pekerja kumpulan B40 ini.
Hentikan Eksport Pekerjaan • Selamatkan Pekerjaan • Selamatkan Mata Pencarian.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now