Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
25hb Mac 2017 ,Seberang Jaya – Kehadiran Pemenang Anugerah PUSKAS FIFA 2016 sebagai tetamu kehormat Saudara Mohd Faiz Subri telah menyerikan Kejohanan Futsal NUBE Northern Region 2017 pada hari ini. Kejohanan yang dianggap sebagai satu rutin dan aktiviti tahunan bagi NUBE Northern Region ini telah berlangsung di Safira Country Club dengan meriah dan jayanya dengan kehadiran yang amat baik oleh setiap ahli-ahli NUBE NR.
Kejohanan yang bermula pada jam 9:00 pagi ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pasukan dan kehadiran ahli. Semua pasukan dan ahli telah diberi juadah ringan yang telah disediakan oleh pihak Urusetia yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sayap Wanita NUBE NR dan juga Ahli Jawatankuasa kerja NUBE NR.
Kejohanan ini telah dirasmikan dengan ucapan kata-kata aluan dan “penalti kick-off” oleh Pengerusi Cawangan NUBE NR sendiri Saudara Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen merangkap Timbalan Presiden NUBE Malaysia. Kejohanan dimulakan dengan perlawanan peringkat kumpulan dan seterusnya perlawanan separuh akhir telah dilakukan dalam kalah mati bagi menentukan pasukan yang akan mara ke peringkat akhir. Pasukan-pasukan yang telah menyertai kejohanan ini datang daripada pelbagai daerah termasuk daripada zon Penang hingga ke zon Langkawi.
Upacara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pemenang Anugerah PUSKAS FIFA 2016 Saudara Mohd Faiz Subri kepada Juara Kejohanan Futsal NUBE NR 2017 yang telah dinobatkan kepada Pasukan KFJM DFZ Agency yang telah membawa pulang RM1000.00 tunai berserta medal dan Piala Pusingan NUBE NR manakala ditempat kedua Pasukan Qimau Muda telah membawa pulang hadiah merupakan RM700.00 tunai berserta medal yang telah disampaikan oleh Saudara Baskaran selaku Naib Pengerusi NUBE NR.
Pasukan yang telah memenangi Kejohanan Futsal NUBE Northern Region 2017:-
Juara : KFJM DFZ Agency
Naib Juara : Qimau Muda
Tmpt Ketiga : Panthers FC
Tmpt Keempat: 2.0 FC United
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now