Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
SELEPAS 130 TAHUN DI MALAYSIA, HSBC BANK MALAYSIA BERHAD TERUS NAFI HAK RAKYAT TEMPATAN JADI CEO
Kehadiran HSBC di Malaysia, sebagai Hongkong dan Shanghai Banking Corp. Ltd, bermula pada tahun 1884. Selepas itu, Hongkong Bank Malaysia Berhad, yang ditubuhkan pada tahun 1984, menjadi institusi kewangan asing pertama yang dilokalisasikan, iaitu pada tahun 1994.
Nama baharu HSBC Bank Malaysia Berhad diterima pakai mulai tahun 1999, menjadi bank asing pertama yang diperbadankan secara tempatan. Ia dianugerahkan lesen anak syarikat perbankan Islam, yang dikenali sebagai HSBC Amanah Malaysia Berhad, pada tahun 2007.
Namun, selepas 130 tahun, HSBC Bank Malaysia mendapati rakyat Malaysia masih belum layak untuk menerajui peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), walaupun terbukti bahawa rakyat Malaysia berbakat untuk mengetuai beberapa konglomerat terbesar di dalam dan luar negara.
HSBC Bank Malaysia, yang diberikan semua keistimewaan oleh Kerajaan Malaysia, masih terus dengan pemikiran kolonial, membawa keluar kekayaan Malaysia ke United Kingdom, sambil terus merampas jaminan kerja pekerjanya.
• Mengapa HSBC Bank tidak membangunkan bakat tempatan untuk jawatan CEO?
• Mengapa Kerajaan Malaysia tidak berusaha memastikan CEO Malaysia mengetuai HSBC Bank Malaysia setelah sekian lama beroperasi? Adakah Kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa negara kekurangan bakat?
• Adakah Kerajaan Malaysia memberi kekebalan HSBC Bank Malaysia dalam soal pelantikan CEO dalam operasi di Malaysia?
• Apa yang terjadi dengan semua inisiatif dan janji yang dibuat oleh pemerintah mengenai k-ekonomi, pemindahan pengetahuan dan teknologi?
• Bukankah negara sudah ada sistem pendidikan dan latihan yang tinggi, termasuk Talent Corp dan Bank Negara Malaysia, memiliki bakat berkaliber tinggi untuk industri perbankan dan kewangan, mampu memimpin HSBC Bank Malaysia Berhad sebagai CEOnya?
Memandangkan sudah tiba masa bagi HSBC Bank Malaysia membuang pemikiran kolonialnya dan memberi kuasa kepada seorang rakyat Malaysia untuk mengetuai operasinya di Malaysia, Kerajaan Malaysia dan kepimpinan HSBC Bank Malaysia Berhad berhutang untuk memberikan penjelasan yang kukuh kepada semua rakyat Malaysia mengapa setelah 130 tahun dan 64 tahun negara merdeka, warganegara Malaysia belum lagi diberi peluang untuk menjadi CEO banknya.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
15 JULAI 2021
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now