Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR 9 Feb - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) membantah tindakan InvestPenang dan HSBC Bank Malaysia Bhd. (HSBC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang memberi tumpuan membawa pelaburan asing berkualiti tinggi ke Pulau Pinang dan Malaysia.
Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon mendakwa, bantahan itu dibuat ekoran tindakan HSBC yang telah menjejaskan hak pekerja di negara ini.
Jelasnya, tindakan itu termasuklah melanggar undang-undang dan peraturan buruh dengan memberhentikan pekerja terutama ahli-ahli NUBE semasa pandemik tahun lepas, penutupan banyak cawangan, menjadikannya sukar dan membebankan para pelanggan.
"NUBE telah mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 7 Disember 2021 untuk membangkitkan pendirian membantah tindakan kerajaan negeri itu. Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy yang mempengerusikan mesyuarat itu telah mendengar pandangan dan hujah yang dikemukakan delegasi kami.
"Beliau berjanji untuk menyemak perkara tersebut kerana tidak mengetahui tentang MoU itu dan memberi jaminan kepada kami bahawa isu pekerja adalah keutamaan kerajaan negeri.
Baru-baru ini, NUBE menerima surat daripada kerajaan negeri mempertahankan kerjasama mereka dengan HSBC, membayangkan bahawa MoU yang telah dimeterai akan terus dilaksana walaupun berlaku eksploitasi pekerja dan beberapa skandal kewangan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Solomon berkata, NUBE mengalu-alukan pelabur asing yang beretika dan mematuhi undang-undang serta pelaburan mereka ke Malaysia memandangkan majikan bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan, tetapi melindungi hak pekerja serta bukan sebaliknya.
Beliau turut mendakwa, HSBC telah menjadi pusat kepada beberapa skandal kewangan terbesar di seluruh dunia.
"Sebagai contoh di Amerika Syarikat, HSBC telah membayar penyelesaian berjumlah AS$1.9 bilion selepas didapati membenarkan kartel, Sinaloa Cartel untuk mengubah wang mereka. Australia, Afrika Selatan, Argentina, United Kingdom dan Switzerland semuanya pernah mengenakan denda terhadap HSBC atas tuduhan pengubahan wang haram.
"Selain terlibat dengan skim pengelakan cukai dan menipu pelanggannya sendiri, HSBC telah lama didakwa dan dikaitkan dengan pemusnahan hutan global, menyebabkan komuniti terjejas di seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata, kerjasama antara InvestPenang dan HSBC perlu ditamatkan demi kepentingan semua pihak, selain NUBE percaya kerajaan negeri mengambil pendirian menentang hak pekerja dan kebenaran.
"NUBE menggesa dan berharap kerajaan negeri menyemak semula MoU yang telah ditandatangani dengan HSBC demi kepentingan rakyat Pulau Pinang dan Malaysia amnya dan pekerja-pekerja khususnya golongan B40 dan M40," katanya
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now