Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
24.3.2018, Dewan Persidangan Memorial Bandaranaike, Colombo, Sri Lanka - Delegasi NUBE Malaysia mengambil bahagian dalam Sambutan Ulang Tahun Ceylon Bank Employees' Union (CBEU) yang ke-75 bersama dengan pemimpin-pemimpin Kesatuan daripada luar negara, Pegawai CBEU, Bekas Pemimpin CBEU, ahli-ahli CBEU dan tetamu Kehormat yang terkenal.
Sambutan ini dirasmikan oleh Gabenor Bank Pusat Sri Lanka Dr. Indrajit Coomaraswamy dengan menyalakan lampu minyak tradisional diikuti dengan ucapan perasmian dan mesej dari Pemimpin Pegawai Utama CBEU, Kesatuan Gabungan CBEU dan Komrad-Komrad Kesatuan Luar negara . Turut hadir ialah Bekas Setiausaha Agung dan Presiden CBEU Bro M R Shah. Beliau adalah Pemimpin yang telah mengeratkan hubungan kerjasama diantara CBEU dan NUBE sejak 90-an.
Bagi pihak Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan NUBE, Naib Presiden, Bro Chee Yeeh Ceeu menyampaikan salam persaudaraan dan selamat maju jaya bagi pihak NUBE Malaysia kepada Kesatuan Pekerja Ceylon Bank (CBEU) sempena ulang tahun ke-75.
Bro Chee telah menyampaikan satu ucapan yang menyemarakan semangat para hadirin dengan tajuk 'cabaran global yang jauh lebih mencabar untuk Kesatuan Sekerja hari ini iaitu Industri 4.0' - digitalisasi, automasi dan kecerdasan buatan (AI) di mana era ini akan melihat pemansuhan fungsi kerja tradisional dan penciptaan skop pekerjaan yang baru.
Bro Chee berkata Kesatuan Sekerja perlu berfikir di luar kotak dan mula bekerja di dalam kelompok organisasi dan di kalangan masyarakat sivil untuk menghentikan kemunculan "Transformers" yang akan datang dan ia akan mengambil alih kehidupan dan masa depan negara kita.
Tambahnya, Bro Chee berkata kita perlu berjuang dan mengharungi pembaharuan ini untuk kekal relevan dalam industri perbankan, Kemajuan teknologi tidak harus dipertimbangkan dalam perspektif yang salah seperti menggantikan manusia dengan robot tetapi perspektif yang betul untuk meningkatkan perkhidmatan dan mata pencarian.
Dengan mengakhiri ucapannya, Bro Chee memaklumkan bahawa dia berasa bangga dengan kempimpinan CBEU dan memuji para pemimpin masa lalu dan sekarang mengenai banyak pencapaian yang dikecapi oleh kesatuan tersebut. Mereka juga telah mengatasi pelbagai cabaran pada masa lalu dan yakin bahawa ahli-ahli mereka akan berarak ke hadapan dalam semangat yang sama dan cara untuk memenuhi cabaran masa depan.
Beliau juga menggesa anggota CBEU untuk memastikan kesinambungan dan kemampanan CBEU.
Bro Chee turut menyampaikan momento penghargaan kepada Presiden CBEU Komrad T G W Gunawardana dan disaksikan oleh Setiausaha Agung CBEU; iaitu Komrad Ranjan Senanayake.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now