Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Bantuan raya: NUBE dakwa Steven salah guna kuasa Menteri
UTUSAN - SADDAM YUSOFF
Oleh HAFIZ SAIDINA
6 April 2024, 3:08 pm
J Solomon (kiri) mendakwa Steven Sim Chee Keong menyalahgunakuasanya sebagai Menteri Sumber Manusia dalam memberi keputusan berhubung bantuan raya tahunan.
KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mendakwa Steven Sim Chee Keong menyalahgunakuasanya sebagai Menteri Sumber Manusia dalam memberi keputusan berhubung bantuan raya tahunan seperti ditetapkan dalam Memorandum Perjanjian April 2023 (FA-MoA).
Ini kerana perbincangan dan keputusan mengenai bantuan raya hanya melibat Persatuan Bank Komersial Malaysia (MCBA) dan tidak melibatkan NUBE.
Setiausaha Agong NUBE, J Solomon berkata, perbincangan antara Steven bersama MCBA yang mengecualikan NUBE adalah satu pengkhianatan terhadap pekerja bank berhubung dengan pembayaran bantuan tersebut.
Menurut beliau, Steven tidak beretika dan secara sulit bersekongkol dengan MCBA yang jelas menyalahgunakan kuasa menterinya.
“Dalam perjanjian FA-MoA 2023, pihak bank diwajibkan membuat pembayaran gaji sebulan penuh kepada setiap pekerja untuk sambutan perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, atau seumpamanya) dan sepatutnya dibayar sebulan sebelum perayaan.
“Tetapi hasil perbincangan tersebut, kakitangan perkeranian hanya mendapat setengah bulan gaji sebagai bantuan perayaan berbanding bayaran sebulan gaji seperti yang dijanjikan. Ini telah mengkhianati dan diskriminasi terhadap lebih 90 peratus daripada 15,000 ahli NUBE yang merupakan pekerja bank B40 dan M40,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu media melaporkan, kesatuan-kesatuan sekerja memuji usaha Steven di atas peranannya dalam mendapatkan bantuan hari raya untuk pekerja bank.
Mengulas lanjut, Solomon berkata, sehingga hari ini, Steven dan MCBA gagal memberikan justifikasi kepada NUBE mengapa mereka tidak mampu membayar bantuan raya sebulan gaji walaupun bank mencatatkan keuntungan yang besar.
“la amat menyedihkan untuk melihat Steven menyisihkan orang-orang yang sepatutnya dilindungi olehnya sekali gus meningkatkan ketidakharmonian perindustrian dalam sektor perbankan.
“Kami menyeru Steven untuk memenuhi janjinya dan menggunakan kuasa beliau untuk memastikan pekerja bank dibayar seperti apa yang telah dipersetujui,” katanya. – UTUSAN
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now