MENGIMBAS KEMBALI PADA 2017
BOLEH MEMBAWA 2018 YANG LEBIH BAIK
Tahun 2017 akan berakhir dan dalam beberapa hari, kita akan mengira detik-detik menyambut tahun 2018. Setelah mendapat pengalaman sepanjang 12 bulan yang lalu, kita ucap terima kasih kepada Tuhan kerana telah memberi kita peluang hidup sepanjang 2017.
Sebagai pekerja dan ahli kesatuan, kita secara historikal memainkan peranan penting dalam mempertahankan hak asasi manusia dan maruah pekerja, bagaimanapun, samada secara langsung atau tidak langsung; dengan sengaja atau tidak diketahui kami telah menyumbang kepada kemerosotan persekitaran yang kita hidup, hari ini.
Tembok penghalang telah dibina untuk membendung pertumbuhan Kesatuan Sekerja, menghalang pertumbuhan pekerja dan menyekat hak pekerja, oleh itu kita sebagai warga pekerja dan ahli Kesatuan perlu realistik terhadap cabaran-cabaran yang semakin meningkat seperti yang kita sedang hadapi di Malaysia.
Pekerja Malaysia sedang digantikan dengan pekerja migran dan eksploitasi pekerja migran tidak berdokumen dengan senang adalah akibat penindasan upah pekerja tempatan.
Pekerjaan tetap ditransformasikan kepada pekerjaan tidak formal, tidak rasmi dan menghala kepada tempoh pekerjaan yang tidak tetap dan kekurangan perlindungan sosial.
Kos kehidupan yang semakin meningkat telah menyebabkan ramai orang terpaksa hidup dengan pendapatan berpinjam dan ini terus diburukkan lagi oleh prospek yang tipis untuk mengurangkan jurang pendapatan antara pihak pengurusan atasan dan pekerja berpendapatan rendah, yang merupakan tenaga pekerja sebenar negara meskipun pendapatan mereka tidak stabil.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tindakan tidak mempedulikan pekerja-pekerja yang berkesatuan, pembuangan pekerja ini kerana digitalisasi dan tindakan kerajaan tergesa-gesa dalam pelaksanaan ini tanpa melengkapkan warga pelajar mahupun pekerja dengan betul untuk tetap relevan dalam pasaran kerja, amat membimbangkan.
Itulah sebabnya pekerja mesti sentiasa berusaha untuk terus kekal relevan dengan meningkatkan prestasi masing-masing sebagai langkah persiapan untuk dunia pekerjaan selepas Revolusi Industri 4.0, jika kita tidak bersedia maka kita akan mengalami gangguan dalam kehidupan kita.
Diskriminasi pelajar dan pekerja berdasarkan kaum dan agama digunakan sebagai alat untuk mengongkong masyarakat, berpusing dalam bulatan disebalik bergerak maju ke depan meskipun potensi ekonomi yang cerah. Alat yang sama digunakan untuk mempolitikkan isu-isu yang mengganggu keamanan dan pertumbuhan di negara ini dengan lebih lanjut.
Malangnya, ketidaklibatan kerajaan secara ikhlas meningkatkan lagi isu-isu Pekerja sementara kekayaan Malaysia yang tidak terbatas di sempadan, ruang udara, tanah dan laut yang cukup tidak diedarkan dengan saksama sebaliknya masih kekal dengan amalan semasa iaitu hanya mengisi poket beberapa orang.
Kita perlu sedar bahawa tidak akan ada masyarakat yang baik jika tidak ada Kesatuan sekerja yang baik dan Kesatuan yang baik adalah Kesatuan yang berubah setiap hari, menganjurkan semua pekerjaan supaya setiap batu ekonomi, menjadi batu asas pencapaian warga pekerja.
Kita juga perlu akur bahawa usaha kita untuk melindungi dan memelihara persekitaran kita memerlukan perubahan yang tulen untuk beralih dari globalisasi kapitalis yang telah gagal terhadap kelas pekerja sedunia kepada sistem yang mengutamakan kepentingan semua pihak dalam setiap aktiviti.
Kerajaan dan Majikan yang merupakan sebahagian daripada konstituen tripartit perlu benar-benar memenuhi kewajipannya dalam memastikan pembangunan mampan bagi semua pihak berkepentingan kerana amat jelas bahawa kekayaan Malaysia tidak diagihkan secara adil kepada majoriti pekerja sebaliknya di dalam tangan beberapa orang sahaja.
Kita telah mara terlalu jauh sebagai sebuah negara untuk kita menghiraukan ketidakadilan di sekeliling kita dan sebagai pekerja dan anggota kesatuan, terbukti berkali-kali bahawa kita sememangnya kuat apabila kita bersatu padu dalam tindakan kita.
Perpecahan dan kecemburuan di kalangan pemimpin kesatuan; di kalangan pekerja; di kalangan pekerja tempatan dan migran amat didorong oleh kapitalis, untuk memastikan perpaduan kita longgar dan pergerakan kita lemah, namun bersama-sama kita dapat mengatasi segala cabaran kerana kita adalah hampir separuh daripada penduduk Malaysia.
Dalam menuju ke akhir tahun 2017, marilah kita bertekad di sini dan jadikannya sebagai titik perubahan untuk warga pekerja dengan bermula pertama sekali dengan meneliti, pantulan kita sendiri untuk melihat sekilas generasi akan datang, yang akan mendorong kita untuk membetulkan persekitaran kita yang berat sebelah dan membawa kekayaan dan keamanan kembali bagi semua rakyat Malaysia berbanding dengan beberapa orang yang menikmatinya sekarang ini.
Kepada semua penganut agama Kristian yang bekerja di Malaysia tanpa mengira negara asal mereka, saya mengucapkan Selamat Hari Natal yang penuh dengan kasih sayang, keamanan dan kegembiraan.
Kepada semua rakyat Malaysia dan warga migran yang bekerja di Malaysia saya ucapkan anda selamat bercuti dan mengharapkan tahun 2018 yang lebih baik untuk semua.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now