Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Georgetown, Penang 9 Jun 2024 - Bengkel proses pengendalian aduan “Grievance” anjuran NUBE Penang/Kedah/Perlis telah berlangsung di Vouk Hotel Pulau Pinang hari ini. Seramai 30 peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa Cawangan (BC), Ahli Jawatan Kuasa Kerja (WC) dan Ahli Jawatan Kuasa Penyelaras (IRC) dari Pulau Pinang hingga ke Perlis telah mengambil bahagian di dalam bengkel pengendalian aduan ini.
Bengkel siri pertama yang diadakan selama sehari telah dikelokakan oleh tenaga-tenaga pengajar Kebangsaan NUBE yang diketuai oleh Penolong Setiausaha Agung NUBE Sdr A Karuna yang juga merupakan Ketua tenaga pengajar NUBE Kebangsaan, Sdr Faizal Naib Presiden NUBE Malaysia, Sdr Yushamizan dan Sdr Rahmat yang juga merupakan barisan-barisan Exco NUBE daripada Ibu pejabat NUBE Malaysia bertujuan untuk memperkasakan lagi ilmu dan memberi informasi kepada para peserta mengenai kepentingan dan tatacara yang efektif dalam penyediaan dan pengendalian aduan “Grievance” yang sempurna.
Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen yang merupakan Pengerusi NUBE cawangan Penang/Kedah/Perlis merangkap Timbalan Presiden NUBE Malaysia telah memulakan upacara pembukaan bengkel dengan kata-kata aluan dan semangat kepada ke semua peserta yang hadir. Di dalam ucapannya, Sdr Abdul Jamil menegaskan bahawa kepentingan setiap ahli NUBE di dalam pengetahuan, pemahaman, dan kesedaran mengenai perjanjian kolektif MCBA/NUBE terutamanya Artikel 4 adalah amat penting untuk kita semua.
Sesi perbincangan berlangsung dengan baik dan kesemua peserta yang hadir tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan mengambil bahagian dalam perbincangan bersama tenaga-tenaga pengajar berkenaan proses pengendalian aduan “Grievance” yang efektif. Soal jawab dan perkongsian idea para peserta bersama tenaga-tenaga pengajar juga telah dijalankan bagi memantapkan lagi kefahaman berkenaan artikel-artikel perjanjian kolektif MCBA/NUBE.
Bengkel proses pengendalian aduan “Grievance” ini juga telah membincangkan perkara-perkara yang melibatkan isu-isu pekerja khususnya pekerja pengkeranian, memberi kefahaman berkenaan tindakan-tindakan yang perlu diambil apabila menghadapi masalah atau rungutan di tempat kerja. Kesedaran mengenai hak-hak dan peranan ahli jawatankuasa penyelaras (IRC) dan ahli NUBE dalam pengendalian aduan “Grievance” dengan betul bagi mengelakkan daripada sebarang pertikaian berlaku semasa proses aduan dibuat.
Di akhir penutupan bengkel pengendalian aduan “Grievance”, para peserta telah diberi kata-kata yang penuh dengan pengajaran dan nasihat oleh Setiausaha Agung NUBE Sdr J Solomon. Amanat dan pengalaman berharga dari Sdr J Solomon ini telah menyuntik semangat dan keberanian para peserta di dalam kesedaran betapa pentingnya artikel-artikel yang terkandung di dalam Perjanjian Kolektif Bersama MCBA/NUBE ini.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now