Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KENYATAAN MEDIA
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE)
8 Julai 2021
NUBE MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HSBC BANK MALAYSIA BERHAD, STUART MILNE
1. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HSBC Bank Malaysia Berhad, Stuart Milne kerana membuang pekerja-pekerja atas nama Skim Pemisahan Sukarela dan Bersama (VSS/MSS).
2. Pada 3 Jun 2021, HSBC Bank mengumumkan skim membuang pekerja dengan alasan VSS/MSS ekoran langkah penyumberan luar/pengambilan fungsi-fungsi bukan eksekutif, penutupan cawangan yang membuat untung dan yang paling penting ini dilakukan tanpa rundingan dengan NUBE.
3. Objektif wajib bagi majikan adalah berunding dengan Kesatuan bagi menghindari majikan-majikan yang tidak bertanggungjawab daripada menipu pekerja mereka. Ternyata, HSBC Bank bergegas untuk berurusan terus dengan para pekerja, tanpa mengadakan rundingan terlebih dahulu dengan Kesatuan, kerana tujuan utamanya adalah untuk memperdaya dan menipu pekerja. Sebilangan pekerja telah bekerja lebih 30 tahun di HSBC dan terkejut dengan pengumuman itu, terutama ketika bank tersebut memperoleh keuntungan secara berterusan.
4. Pada 18 Mei 2020, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam titah Diraja menggesa para majikan agar tidak membuang pekerja mereka sembarangan. Walaupun tidak ada kematian yang dilaporkan, Yang di-Pertuan Agong amat prihatin terhadap kesan terhadap rakyatnya yang timbul dari 44 kes baharu Covid-19 ketika itu.
5. Apabila CEO HSBC mengumumkan pemberhentian pekerja pada 3 Jun lalu, kes baharu Covid-19 telah melonjak sehingga 8,209, dan 103 kematian dilaporkan. Pekerja-pekerja Malaysia menghadapi kesukaran yang teruk ekoran sekatan pergerakan total. Apa yang jelas, CEO HSBC ketika mengumumkan pemberhentian pekerja tidak menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan pekerja pada masa yang sangat mencabar ini dan merupakan satu tindakan tidak menghormati Raja kita.
6. Pada masa yang sama HSBC dengan bangga mengumumkan bahawa ia memperuntukkan RM1.3 bilion untuk digitalisasi. Nampaknya, Perjanjian Kolektif, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kerja 1955, dan lain-lain, dan Rukun Negara sebagai undang-undang dan falsafah nasional yang ditulis di bawah cahaya kuasa arang batu, tidak mampu untuk melawan kuasa digital seperti HSBC Bank yang percaya bahawa WANG adalah RAJA.
7. Malah, HSBC memperlihatkan rasa tidak mempedulikan hak kehidupan pekerja yang dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia dan telah bertindak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
8. Walaupun adanya titah Diraja agar para majikan tidak membuang pekerja mereka secara sembarangan, HSBC bertindak mengingkari titah Raja.
9. Ketidakpatuhan CEO HSBC Stuart Milne merupakan satu tindakan pengkhianatan kepada Raja kita dan tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia dan telah menyebabkan kecederaan mental ke atas pekerja. Oleh itu, ahli-ahli NUBE telah membuat laporan agar polis mengambil tindakan yang sewajarnya.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now