Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
NUBE amat berbangga dengan jasa dan dedikasi yang dipamerkan oleh semua ahli-ahli kesatuan dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan rakyat, meskipun berdepan dengan risiko jangkitan Covid-19 selain kekangan-kekangan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) sejak 18 Mac 2020 oleh pihak Kerajaan. Kami amat menyanjung jasa saudara-saudari dalam mengharungi segala cabaran yang bersangkut paut dengan Covid-19. Segala kesusahan ‘terbaru’ ini adalah tambahan kepada tekanan yang sedia ada di tempat kerja sebelum ini, selain beban tanggjungjawab harian menguruskan rumah tangga masing-masing.
NUBE turut memuji keprihatinan ahli-ahli kesatuan dalam mengiktiraf khidmat perbankan sebagai keperluan penting masyarakat yang perlu menjalankan pelbagai urusan kewangan dan hakikat bahawa bank tidak boleh menutup operasi sewenang-wenangnya meskipun negara di letakkan di bawah MCO.
Justeru, NUBE menghadiahkan sekalung budi penghargaan kepada semua ahli-ahli NUBE yang mempamerkan sikap patriotisme dan pengorbanan tertinggi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat dan negara.
Bagaimanapun, kami kesal kerana meskipun ahli-ahli NUBE bertungkus lumus menjalankan amanah yang diberi, segelintir bank mengenakan pelbagai kekangan terhadap pekerja termasuk menafikan mereka kemudahan tertentu yang termaktub dalam langkah-langkah kawalan pencegahan Covid-19.
NUBE telahpun mengutarakan isu ini dengan tegas kepada MCBA dan hasilnya sebilangan besar bank bertindak proaktif dalam memastikan pekerja masing-masing diberikan akses sepenuhnya kepada kemudahan bekerja dari rumah, bekalan makan mencukupi di tempat kerja dan kemudahan kerja anjal (KKA) untuk mereka yang terpaksa menguruskan penjagaan anak dan sebagainya.
Sehubungan itu, kami ingin merakamkan penghargaan terhadap bank yang menunjukkan tahap keprihatinan tinggi terhadap kebajikan pekerja dalam menangani isu-isu bersabit krisis Covid-19. Kami berharap tindakan mereka ini dicontohi oleh bank-bank tertentu yang belum berbuat demikian.
Tatkala operasi perbankan dikurangkan ke tahap munasabah bagi menangkis penularan Covid-19, kami berharap pandemik ini dibendung secepat mungkin agar warga NUBE, bersama keseluruhan rakyat Malaysia, boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Kami juga mengharapkan keselamatan dan kesihatan diri semua ahli-ahli senantiasa diutamakan pada setiap waktu.
Hidup Ahli-Ahli NUBE
J Solomon
Setiausaha Agung
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now