Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: Maybank, bank terbesar Malaysia dari segi aset, menjangka ekonomi negara akan berkembang pada kadar 4.2 peratus tahun ini, lebih tinggi berbanding unjuran rasmi 3.0 hingga 4.0 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abdul Farid Alias, berkata unjuran pertumbuhan lebih menyederhana itu bersandarkan perkembangan semasa termasuk pelaksanaan siri sekatan pergerakan bermula Jun dan berterusan sehingga Ogos.
"Apa yang bagus untuk menyokong pertumbuhan ekonomi pada separuh tahun kedua adalah kadar vaksinasi yang tinggi dan pembukaan semula kebanyakan aktiviti ekonomi yang membolehkan ekonomi berkembang semula.
"Pertumbuhan ekonomi negara turut dipengaruhi oleh langkah membendung yang lebih ketat sejak Mei 21 di tengah lonjakan jangkitan, pemulihan perlahan ekonomi global dan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi," katanya pada sidang media maya pengumuman prestasi kewangan suku kedua dan separuh pertama 2021 Maybank hari ini.
Baru-baru ini, BNM menyemak semula pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 3.0 peratus hingga 4.0 peratus berbanding 6.0 antara 7.5 peratus sebelum ini dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaksanaan semula langkah pembendungan COVID-19 di seluruh negara.
Fitch Solutions sebaliknya menyemak turun KDNK 2021 Malaysia kepada sifar peratus berbanding 4.9 peratus sebelum ini berikutan impak gelombang ketiga jangkitan COVID-19 lebih teruk daripada jangkaannya.
Moody's Analytics pula mengunjurkan KDNK bagi keseluruhan tahun ini sebanyak 4.7 peratus, tetapi memandangkan keadaan COVID-19 yang tidak menentu di Malaysia, unjuran KDNK tahunan mungkin akan disemak semula pada September.
Sementara itu, Abdul Farid berkata, Maybank turut menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 1.75 peratus sehingga akhir tahun.
"Bagi pertukaran mata wang pula, kami menjangkakan purata dagangan ringgit pada 4.14 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga akhir tahun, manakala inflasi pula 2.6 peratus tahun ini," katanya.
Mengulas mengenai bank digital, beliau menjelaskan, Maybank tidak mengemukakan sebarang permohonan lesen kepada BNM memandangkan aspek pendigitalan perbankannya sudah dimulakan sejak 2014.
"Kami memiliki pilihan untuk memperkenalkan perbankan digital di bawah lesen sedia ada, jadi tiada keperluan membuat permohonan baharu (lesen bank digital).
"Maybank akan menggunakan platform digital sedia ada yang sudah ditawarkan kepada pelanggan termasuk membuka akaun tanpa perlu pergi ke cawangan bank," katanya.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now